Keutamaan Berzikir Sampai Matahari Terbit

 
Keutamaan Berzikir Sampai Matahari Terbit

LADUNI. ID, SHALAT- Seseorang yang  duduk atau menetap di tempat shalat sesudah Shalat Fardhu Subuh berjemaah untuk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian itu melakukan shalat dua rakaat.

Ini sebagaimana ditunjukkan pada sebuah hadis agung di atas yang terdapat dalam kitab ‘Tuhfatul ahwadzi’ dan ‘at-Targhib wat tarhib’ tentunya akan mendapatkan pahala yang besar.

Telah disebutkan dalam kitab ‘Bughyatul Mutathawwi’ bahwa mencatatkan shalat dua rakaat ini sebagai Shalat Isyraq (terbitnya matahari) oleh Ibnu Abbas yang waktunya di awal waktu (sebelum) shalat dhuha.

Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’ “… sampai matahari terbit“. diistilah sebagai sehingga matahari terbit dan agak naik setinggi satu tombak.  Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam melarang melakukan shalat ketika matahari terbit, terbenam dan ketika tegak di tengah-tengah langit. (HR Muslim)


Keutamaan dalam hadis ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, dari Jabir bin Samurah radhiyallahu anhu: “Bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam jika selesai melakukan solat subuh, beliau duduk (berzikir) di tempat beliau shalat sampai matahari terbit dan meninggi.”  (HR Muslim dan at-Tirmidzi)

Keutamaan dalam hadis ini adalah bagi orang yang berzikir kepada Allah SWT di masjid tempat dia bershlat sampai matahari terbit dan tidak bercakap atau melakukan hal-hal yang tidak termasuk zikir kecuali kalau wuduknya batal, maka dia boleh keluar masjid untuk berwuduk dan akan kembali ke masjid.

.***Helmi Abu Bakar El-Langkawi Guru Senior Dayah MUDI Samalanga Aceh.

(sumber: shafiqolbu.wordpress.com